simple. ♥ my family. ♥ my friends. ♥ food so much. ♥ vacation. ♥ sleep a lot! unpredictable http://www.facebook.com/paperdollr

Sunday, May 9, 2010

Golongan Yang Sentiasa Menang

DAripada Mughirah bin Syu'ibah r.a. berkata: RAsulullah s.a.w. bersabda :" sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya ( dalam perjuangan mereka) sehinggalah sampai satu saat yang dikehendaki Allah s.w.t. mereka sentiasa berjaya....(H.R. Bukhari)

Allah s.w.t. telah menjadikan umat Islam umat yang terakhir sekali. Oleh itu, Allah s.w.t. berjanji akan memelihara al-Quran dan memastikan lahirnya generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga wujud golongan mukmin dibumi ini. Kalau kita teliti sejarah umat Islam mulai zaman penyebaran hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah diuji dengan ujian yang berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah, Yahudi dan Nashrani di Madinah, seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, Golongan Bathiniyah , pengaruh falsafah dan fikiran Yunani, serangan bangsa Moghol dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun Baghdad pada pertengahan abad ketujuh Hijrah.

Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika kejatuhan kerajaan Islam di Andalus(Sepanyol) dan seterusnya di sambung dengan pengaruh - pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis YAhudi dan Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan dari segi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya. WAlaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam dunia hari ini.

Walaupun di hari ini ada kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh - sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walaupun ramai di kalangan umat Islam yang hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun aktivis - aktivis Islam di tindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari muka bumi ini, sehinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment